WARNING!

WARNING! Be careful of this blog. You might get fatter.

Monday, 1 August 2016

Doa Nabi Sulaiman

Teringin aku jadi macam Nabi Sulaiman a.s yang ada kerajaan sendiri, kaya raya dan mempunyai kelebihan mengarahkan jin dan bercakap dengan binantang. Eh tak.. aku tanak begitu.

Ku cuba untuk mengolah balik apa yang Nouman Ali share tentang doa nabi sulaiman. Doa yang ini:


Katanya: " Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya ".
(Saad 38:35)

Antara point yang menarik yang saya pickup:


1. Taubat itu lagi penting dari dunia
Doa Nabi Sulaiman di atas, dimulakan dengan doa keampunan. kemudian baru minta yang lain.

2. Ketahui kelemahan dan kelebihan untuk digunakan ke jalan Allah
Selepas doa taubat, Nabi Sulaiman minta sebuah kerajaan yang tiada tandingan. Memang macam berbunyi keduniaan sangat. Tetapi, Nabi Sualaiman a.s tahu dia ada kelebihan untuk tidak rosak bila kemewahan datang kepadanya, maka dia minta lagi dan lagi supaya boleh gunakan ke jalan Allah. Kenapa dikatakan Nabi Sulaiman tidak akan rosak bila diterima kemewahan yang tidak terhingga? Baca no.3.

3. Sulaiman si anak Daud
Hanya dua nabi yang Allah tuju khas melantik sebagai khalifah didalam quran iaitu kepada Nabi Adam dan Nabi Daud [rujuk (Al-Baqarah 2:30) dan (Saad 38:26)]. Nouman nak sampaikan bahawa Nabi Daud adalah seorang nabi yang istimewa, seorang khalifah / pemerintah yang berwibawa. Maka cara pendidikan dan pembesaran Nabi Sulaiman adalah di bawah pemerhatian ayahnya, seorang pemerintah yang hebat yang sedia ada kerajaan sendiri. Ini menjadikan Nabi Sulaiman seorang yang sudah biasa dengan kemewahan dan pemerintahan. Itu adalah kelebihan Nabi Sulaiman.

4. Buat legasi sendiri
Taubat hanya boleh buat semasa hidup, tapi sedekah kekal selama-lamanya. Bila dah tahu kelebihan sendiri, lebih mudah untuk bina kerajaan yang hebat seperti Nabi Sulaiman. Maka bila harta banyak, lagi banyak sedekah jariah boleh buat!

:)


Jika rajin, dengar betul-betul sendiri sharing Nouman Ali disini. 
Takut ada point yang saya tertinggal:



Wallahualam. 


Wednesday, 16 March 2016

Rasa macam nak mati

Penatla..

Penat buat baik
Penat solat lima waktu dan sunat-sunatnya..
Penat pikirkan aku ni da sedekah ke belum..
Penat risau aku ni ada terguriskan hati siapa-siapa tak..
Penat juga buat tesis tak siap-siap..

Bila nak tamat dunia ni..
Bila agaknya kematian aku ni..
Bila nak masuk syurga ni..

Kalau aku mati sekarang..
Kalaulah!

Apa benda yang aku da buat baik masa kat dunia?
Konon cukup ke solat-solat dan puasa yang aku buat?
Sedangkan orang dulu-dulu hidup lagi lama lagi banyak ujian dan amalan
Maksiat sana sini ko ada tegur?
Ahli keluarga tak solat ko tahu tapi biar saja

Kalaulah kan!
Bila gunung-gunung hancur, bumi dah bercampur baur, manusia lari lintang pukang dan bila satu bunyi yang terpekik sampai mati semua mahluk...
Dan pada bila aku dan manusia lain dihidupkan semula kat padang yang rata..
Aku dan yang lain-lain tahu apa jadi seterusnya masa tu nanti.
Nanti aku pasti akan beratur tunggu keputusan aku nak dapat kunci rumah mana. Syurga atau neraka. gulp!

Apa yang aku buat sekarang menentukan keputusan tu.
Aduhai.. dunia-dunia.
Banyak lagi aku kena buat
Banyak lagi aku kena baiki
Banyak lagi kerja yang aku kena beranikan diri supaya ahli keluarga dan sahabat-sahabat tak menyesal nanti.

Kenapala aku yakin sangat ada syurga neraka ni?

alQuran. keajaiban yang perlu diterokai oleh semua orang tak kira agama apa.

Dah.

Tu saja luahan aku yang dah semakin malas buat amalan dan kemudian sendiri sentapkan diri supaya sedar kembali. Sama-sama ingatkan diri, kematian itu pasti.

Wallahualam (Tuhan lebih mengetahui)

Mayamin,
Pencuba jadi hamba tuhan dan khalifah bumi yang dikasihiNya

Jangan takut, minta saja Tuhan tunjukkan jalan yang betul


Sunday, 14 February 2016

Usaha, berniaga dan rezeki

Haritu saya pergi umall, pusing2 nak habiskan masa tunggu turn nak potong rambut. Tengah duduk makan jagung, tengokla harga baju budak. Macam mana peniaga2 ni main harga je bole dapat untung. Beli kat supplier, jual kat customer. Satu barang tu bertukar2 tangan je datang duit. Pernah xterfikir? Kannn...


Allah ni comel. Nak kita keluar tenaga je. Nanti dia kasila rezekinya. 😄


Huhu

Mayamin yuhaniz

Thursday, 4 February 2016

Al-Kahfi 10 ayat awal dan akhir serta terjemahan bahasa melayu

Surah Al-Kahfi - سورة الكهف





::::::10 ayat terawal::::::


Bismillah
A001A002A003
A004A005A006A007A008A009A010
::::::Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani::::::

#1 Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong)

#2 (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

#3 Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.

#4 Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".

#5 (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.

#6 Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.

#7 Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

#8 Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.

#9 Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?

#10 (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".


 source


::::::10 ayat terakhir::::::


A100A101A102A103A104A105A106A107A108A109A110
#100 Dan Kami perlihatkan neraka Jahannam, pada hari itu kepada orang-orang kafir, dengan pendedahan yang jelas nyata;

#101 (Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.

#102 Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.

#103 Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

#104 (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".

#105 Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

#106 (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.

#107 Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).

#108 Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.

#109 Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".

#110 Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".



Tuesday, 22 December 2015

Tentang penulis


Aha...Barangkali bahagian dalam "tentang penulis" berubah2 jadi saya post sini untuk kenangan di masa hadapan jika berubah lagi. Ini baru je ubah setelah sebelum ni bercerita pasal post maternity and shaklee. Goodbye shaklee.... main banner pon da tukar. lalalala... 



Hi.

Saya suka makan coklat dan dessert.Anda boleh hadiahkan itu pada saya pada bila2 masa. *wink wink*

Saya suka (tengok) fashion, atau apa2 berkaitan dengan design. Project runway tak boleh tinggal. Dulu saya ambil seni visual dan lukisan kejuruteraan masa SPM, sedangkan dulu saya sekolah agama jadi memang tak wujud subjek tu. Siap panggil cikgu luar datang ajar saya dan 3 kawan lain. Kalau kelas LK batal saya siap nanes kesedihan. Sedikit obses. hehe. Mak saya pula major dalam fine art jadi dia yang ajar pendidikan seni saya. Tertumpah pula kuah kat nasi.
Kini saya sedang menyambung Ijazah Sarjana (penyelidikan) dalam bidang senibina setelah mengambil diploma dan degree dalam senibina. Entah2 saya mengajar dah time ni. Jika anda student saya yang sedang baca ni, bolela klik "join this site". hahaha.. k bai.