WARNING!

WARNING! Be careful of this blog. You might get fatter.

Monday, 1 August 2016

Doa Nabi Sulaiman

Teringin aku jadi macam Nabi Sulaiman a.s yang ada kerajaan sendiri, kaya raya dan mempunyai kelebihan mengarahkan jin dan bercakap dengan binantang. Eh tak.. aku tanak begitu.

Ku cuba untuk mengolah balik apa yang Nouman Ali share tentang doa nabi sulaiman. Doa yang ini:


Katanya: " Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya ".
(Saad 38:35)

Antara point yang menarik yang saya pickup:


1. Taubat itu lagi penting dari dunia
Doa Nabi Sulaiman di atas, dimulakan dengan doa keampunan. kemudian baru minta yang lain.

2. Ketahui kelemahan dan kelebihan untuk digunakan ke jalan Allah
Selepas doa taubat, Nabi Sulaiman minta sebuah kerajaan yang tiada tandingan. Memang macam berbunyi keduniaan sangat. Tetapi, Nabi Sualaiman a.s tahu dia ada kelebihan untuk tidak rosak bila kemewahan datang kepadanya, maka dia minta lagi dan lagi supaya boleh gunakan ke jalan Allah. Kenapa dikatakan Nabi Sulaiman tidak akan rosak bila diterima kemewahan yang tidak terhingga? Baca no.3.

3. Sulaiman si anak Daud
Hanya dua nabi yang Allah tuju khas melantik sebagai khalifah didalam quran iaitu kepada Nabi Adam dan Nabi Daud [rujuk (Al-Baqarah 2:30) dan (Saad 38:26)]. Nouman nak sampaikan bahawa Nabi Daud adalah seorang nabi yang istimewa, seorang khalifah / pemerintah yang berwibawa. Maka cara pendidikan dan pembesaran Nabi Sulaiman adalah di bawah pemerhatian ayahnya, seorang pemerintah yang hebat yang sedia ada kerajaan sendiri. Ini menjadikan Nabi Sulaiman seorang yang sudah biasa dengan kemewahan dan pemerintahan. Itu adalah kelebihan Nabi Sulaiman.

4. Buat legasi sendiri
Taubat hanya boleh buat semasa hidup, tapi sedekah kekal selama-lamanya. Bila dah tahu kelebihan sendiri, lebih mudah untuk bina kerajaan yang hebat seperti Nabi Sulaiman. Maka bila harta banyak, lagi banyak sedekah jariah boleh buat!

:)


Jika rajin, dengar betul-betul sendiri sharing Nouman Ali disini. 
Takut ada point yang saya tertinggal:



Wallahualam.