WARNING!

WARNING! Be careful of this blog. You might get fatter.

Wednesday, 16 March 2016

Rasa macam nak mati

Penatla..

Penat buat baik
Penat solat lima waktu dan sunat-sunatnya..
Penat pikirkan aku ni da sedekah ke belum..
Penat risau aku ni ada terguriskan hati siapa-siapa tak..
Penat juga buat tesis tak siap-siap..

Bila nak tamat dunia ni..
Bila agaknya kematian aku ni..
Bila nak masuk syurga ni..

Kalau aku mati sekarang..
Kalaulah!

Apa benda yang aku da buat baik masa kat dunia?
Konon cukup ke solat-solat dan puasa yang aku buat?
Sedangkan orang dulu-dulu hidup lagi lama lagi banyak ujian dan amalan
Maksiat sana sini ko ada tegur?
Ahli keluarga tak solat ko tahu tapi biar saja

Kalaulah kan!
Bila gunung-gunung hancur, bumi dah bercampur baur, manusia lari lintang pukang dan bila satu bunyi yang terpekik sampai mati semua mahluk...
Dan pada bila aku dan manusia lain dihidupkan semula kat padang yang rata..
Aku dan yang lain-lain tahu apa jadi seterusnya masa tu nanti.
Nanti aku pasti akan beratur tunggu keputusan aku nak dapat kunci rumah mana. Syurga atau neraka. gulp!

Apa yang aku buat sekarang menentukan keputusan tu.
Aduhai.. dunia-dunia.
Banyak lagi aku kena buat
Banyak lagi aku kena baiki
Banyak lagi kerja yang aku kena beranikan diri supaya ahli keluarga dan sahabat-sahabat tak menyesal nanti.

Kenapala aku yakin sangat ada syurga neraka ni?

alQuran. keajaiban yang perlu diterokai oleh semua orang tak kira agama apa.

Dah.

Tu saja luahan aku yang dah semakin malas buat amalan dan kemudian sendiri sentapkan diri supaya sedar kembali. Sama-sama ingatkan diri, kematian itu pasti.

Wallahualam (Tuhan lebih mengetahui)

Mayamin,
Pencuba jadi hamba tuhan dan khalifah bumi yang dikasihiNya

Jangan takut, minta saja Tuhan tunjukkan jalan yang betul