WARNING!

WARNING! Be careful of this blog. You might get fatter.

Thursday, 26 November 2015

Islam sebagai New World Order


Semalam usrah bincang tentang islam sebagai new world order atau juga dikenali "ustaziatul alam". Topik yang berat, tapi PENTING utk memelihara semua manusia supaya tidak ditindas. Namun nak diingatkan, bukanlah untuk meng'convert'kan semua org jd Islam. Tidak sama sekali....sbb itu hak Allah utk beri hidayah. Antara peranan ustaziatul alam (U.A) adalah untuk memelihara keamanan, tiada penindasan, anak2 dan wanita dipelihara, saling mengambil berat, pelbagai kaum dan agama bersatu, sama seperti apa yang pernah nabi (s.a.w) buat pd piagam madinah 1393 tahun yang lalu.


Ada 20 usul yang ditulis oleh hassan al-bana utk kita capai U.A tersebut. Namun semalam baru sentuh asas pertama yg mmg penting, iaitu "Islam adalah menyeluruh". Islam bukan sekadar bertudung ketika nikah atau mengadakan majlis aqiqah atau teknik pengurusan jenazah. Tapi merangkumi negara, ilmu, undang2, harta, tentera, pemikiran, perlakuan dan juga yang biasa kita tahu, akidah dan ibadat yang sah bg umat islam. Hasan al-bana menekankan betapa pentingnya pemahaman umat islam bahawa "islam itu menyeluruh", sehingga meletakkan "alquran dan sunnah sbg sumber hukum islam" dalam asas kedua. Lebih pentingnya pemahaman asas pertama tadi adalah sbb, jika seseorang itu yg belajar ijazah quran sunnah tapi tidak mengamalkan no.1 itu, maka tiada guna juga...


Apa peranan kita setelah tahu benda ni? Sebarkan. Sebarkan pada keluarga dan kawan2. Moga wujud suatu hari nanti dunia yang aman.


Wallahualam.

Kaji "usul 20" utk tahu lebih lanjut.