WARNING!

WARNING! Be careful of this blog. You might get fatter.

Saturday, 15 September 2012

Aku baru lepas sembelih tikus

Baru2 ni kawasan kejiranan aku ada tetamu datang. Cik Ti datang senyap2. Lalu mak aku pun beli perangkap tikus letak umpan blueberry muffin. Besoknya, muffin tiada. tapi tikusnya juga tiada. Pandai sungguh. Kemudian kitorang cuba perangkap jenis yang melekat. Dan pagi tadi termelekatlah seekor disitu. kasihan sungguh! masih bernafas tapi badan separuh melekat kat perangkap. Kedua mak ayah aku kata biar sampai dia mati. Tapi aku tak sanggup biarkan dia mati slow2. mati yang disebabkan kelaparan. jadi aku buat keputusan untuk menyembelihnya. memang takut. aku ambillah blade yang untuk potong kertas tu. Dan tukar blade baru supaya dia tajam. Aku amik tikus yang terperangkap itu dan letak diatas grill longkang. Dengan bertemankan kucing2ku dibelakang rumah, sambil keluar air mata aku dan menggigil, dan juga berniat kerana Allah, maka aku pun menekan blade ke leher tikus. Disebabkan tikus tersebut squirming ketakutan sebab ada kucing, memudahkan aku untuk sembelih sebab lehernya lebih tegang dan lurus. Lembik lehernya membuatkan aku menekan lagi kuat supaya dia tidak terseksa. sehinggalah aku dengar bunyi kriik iaitu bunyi tulang lehernya yang patah. tetapi aku mahu lehernya terputus supaya betul dia mati tanpa sakit. lalu aku teruskan memotong dan menyedari uratnya masih belum putus. Lantas aku potong dan tikus terus tidak bergerak lagi. innalillah. moga dia tidak terseksa.

Sukarnya untuk mengambil nyawa. Lalu aku pun terpikir, aku ni da bersedia untuk berjihad dan berperang. Dan2 sedang aku berfikir itu iaitu ketika sedang membersihkan lantai, muncul seekor lipas. lalu aku tejerit dan lari. oh aku belum boleh berperang lagi T_T.

janganlah tangkap tikus tetapi tidak berani membunuhnya. itu adalah lebih zalim.

ps, gambar tiada kerana ngeri