WARNING!

WARNING! Be careful of this blog. You might get fatter.

Friday, 1 June 2012

KISAH BENAR BIADAP EKSLUSIF: Aku orang minyak

Assalam. Anda sudah bersedia untuk membaca kisah benar biadap ekslusif? Sudah? Baiklah mari kita mulakan.

4
3
2
1
Pada suatu malam aku dan rakan2 aku (lebih kurang 5 orang) study malam sama2 di korridor asrama perempuan. Korridor tu agak besar, kami bentang tikar dan study sambil guling2. Masing2 dengan buku rujukan masing2. kecuali Syahidah. Syahidah atau juga dikenali sebagai ca8, merupakan budak yang sedikit clumsy yang pernah jatuh longkang beberapa kali dan juga jatuh dari kerusi semasa exam SPM (siapa tahu kat mana lagi dia penah jatuh)

Maka cerita bermulalah bila ca8 berasa give up asyik menumpang buku rakan2nya untuk study (aku tengok dari jauh rasa kesian pon ada)... kemudian tatkala kami berlima mahu break sekejap ke tandas, aku dan ca8 hanya tunggu di luar tandas sambil melihat blok sekolah yang adjacent dengan asrama perempuan kerana kami hebat tidak perlu kencing.

"Amin, kalau aku amik sekejap buku tu boleh tak? dekat je kan?" ca8 bertanya. (perbualan yang aku rekacipta2 untuk blog ini tapi hampir serupa dengan kejadian sebenar) "leh kot. pegilah..panjat je ni..patu jalan jela.." Aku menggalakkan lagi si budak clumsy untuk memanjat susur gajah bumbung yang bercantum antara blok sekolah dan blok asrama perempuan. "tapi ko temanla aku" ca8 mengajak. takpun, aku yang mengajak diri sendiri..who knows..Waktu tu asrama lelaki yang opposite asrama perempuan, sedang gelap gelita. mungkin black out. maka aku lebih yakin untuk pergi. kaitannya? aku pon tatau.

tiba2 kami yang dari tingkat satu pada waktu itu, dalam sekelip mata, ca8 turun ke bumbung susur gajah dan lagi sekelip mata aku pula turun. ya. kami berdua hebat. kami berlari seperti pro.

namun dalam beberapa langkah kami diatas bumbung, datang sorang lelaki tanpa berbaju (tapi seluarnya ada) berlari dari bawah menuju kearah kami. kami dengan gaya pro se pro nya dengan pantas memanjat blok sekolah. memang secara jujur rasa senang, mungkin sebab cuak kena tangkap.

"amin, aku amik buku jap"
"ok aku tunggu depan sana"
perbualan kami yang sedang mencangkung sambil berbisik

dalam bebrapa saat aku tunggu, ca8 datang besama buku dan kami bergerak mahu pulang. niat kami terhenti bila rakan2 kami dari tandas asrama perempuan tadi yakni seberang sana melambai2 sepenuh hati menandakan untuk tidak memanjat semula. diaorang juga memberi isyarat supaya menyorok sebab ada orang kat bawah. maka kami dengan tersentapnya, terus menyorok di tandas lelaki supaya lebih dramatik situasi(sebanarnya tempat paling dekat dengan kami).

sedang kami berdiri menyorok dalam kubikel bersama2, datang suara yang penat berlari tercungap2,
"OI!! ADA ORANG TAK!!?"
"OII..KALAU ADA KELUARLA!!"

gila ke hapa nak kitorang keluar. lantas tiba2 pen ca8 terjatuh (terima kasih ca8 :| ) dan kami hanya berdebar mengharap takda sapa dengar.
"OI ADA ORANG TAK"
"KITORANG TAHU KORANG ADA DALAM NI!"

*silence*

ketika ca8 yang berada didepan pintu dan aku berdiri dalam sedikit, tiba2 pintu terbuka secara slow motion dan aku segera berasa darah dari kaki naik ke muka..senior yang menyerupai sorang apek cina menyuruh kami keluar dari situ. aku serta merta teringat untuk tengok apa aku sedang pakai. rambut dalam tudung yang diikat ala2 'boo' dalam monsters inc cepat2 dilepaskan supaya tak nampak kepala besar mcm alien. dan seluar yang dilipat2 segera diturunkan. aku keciwa dengan diri yang sangat hina dengan paras rupa ketika itu.

aku hanya tunduk ketika di marah oleh 5 pelajar lelaki yang agak besar semuanya kecuali apek tadi. aku tak cakap apa2, hanya ca8 yang menerangkan situasi sebenar kami. setelah mereka percaya dan menyuruh kami kembali ke asrama, kami mengambil keputusan untuk tidak panjat bumbung semula dan pulang ikut longkang pula (sebab pagar semua kunci. ya kami memang hina)

turun sahaja dari blok sekolah, aku dapati hampir setiap pelajar asrama lelaki yang berbaju dan tidak berbaju sedang menunggu depan blok sekolah. muka macam nak belasah aku dan ca8 pun ada. kami lalu je depan diorang menebalkan muka dan aku pula hampir2 terjatuh disebabkan seluar yang labuh lagi selekeh. mujur di saat itu datang ustaz dan berlari lintang pukang semua budak lelaki.

sejak peristiwa itu, kami dituduh merokok, dan ada juga orang bercerita tentang peristiwa ini sebagai dua orang minyak panjat bumbung. dan PENGAJARAN paling ultimate sejak peristiwa itu... kalau nak buat jahat, pakai baju cantik2 sikit.
pakaian ketika peristiwa berlaku.
(walau aku terlebih slim di sini,  lengan aku takdala  macam lelaki.
stokin dalam gambar ni juga ditokok tambah. yang pasti aku hina.) 

-grahpic kaki, seluar dan badan bukan hak milikku-

siapa sangka 10 tahun kemudian ca8 jua yang tolong makeup kan masa hari pertunanganku :)

the end :)


terima kasih!
say hi in the comment!
   click here untuk baca versi ca8!