WARNING!

WARNING! Be careful of this blog. You might get fatter.

Tuesday, 15 May 2012

cerita seram di waktu malam

Sedang gosok gigi pukul 12.00 tengah malam, tiba2 door bell berbunyi.. berdebar, siapa bunyi loceng malam2 ni. ada perompak nak test orang tidur ke. kereta tak park kat dalam. memang rasa risau. dengan harapan ada orang di bawah tolong cek, maka saya teruskan menggosok gigi...dan floss.. lalalalala....*sambil berdebar sebenarnya*

keluar je tandas, ayah tanya dari tingkat bawah, "wallet mana walet?" walet? hati kecut. terpinga2 cari walet dalam handbag hitam yang boleh muat A4. memang bersepah dalam tu. tak banyak compartment. bila cari takda dalam beg, turunla tangga rumahku yang gelap lagi tak lepas kalau submit kat MBSA (orang tinggi terhantuk lalu tangga ni). turun2 ku lihat makku memegang walet ku dan dibelek2nya.

"walet mana walet?" ayahku bertanya lagi. "tu.."sambilku tunjuk ke walet ku. dan hati berasa kurang kecut.  "jiran tolong pulangkan tadi" ayahku berkata. wah. baiknya nasib. tapi aku konfius. ni amaran dari Allah. atau rezeki Allah beri kerana walet dipulangkan. atau apa sebenarnya. rasa tak sedap je. mama ku dengan ayat biasa dia, "Amin ni CUAI!", well, i prefer 'too optimistic'.

malam ni perlu muhasabah diri. adakah terlalu lagha main piano dan tengok desperate housewives finale sampai tak terbuat benda lain? atau adakah terlalu obses dgn kerjaya sampai tak berapa nak tolong kat rumah? atau tidak khusyuk solat sperti biasa? atau semua sekali. wallahua'lam

malangnya tiada lah cerita tentang mahluk2 pelik dan seram di post ini. diharap kalian bersama2 muhasabah selepas membaca. terimas kerna membaca tahi ini.assalam!